E-Usahawan Facebook Page & Promosi Produk Usahawan
26 September 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ICT diadakan pada setiap minggu di PI Pasoh 2. Pada 25 September 2017 telah diadakan kelas E-Usahawan untuk para usahawan yang mendaftar sebagai ahli usahawan di PI Pasoh 2. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Pembelajaran untuk kelas E-Usahawan kali ini adalah berkaitan mempromosikan perniagaan di laman sosial media iaitu facebook page. Para usahawan mempelajari cara-cara membuat page facebook, mengemakini maklumat perniagaan,mamasukkan gambar produk dan menjemput rakan lain untuk mengikuti facebook page perniagaan mereka. Di samping itu, para usahawan turut mempelajari cara-cara menarik minat pelanggan untuk membeli produk perniagaan mereka dengan ayat-ayat promosi yang menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: